Nasheed EXTravaganza, NEXT 2012
sedikit ulasan dari kacamata penonton dan peminat nasheed tempatan.
kontemporari vs identiti - kini irama nasheed kontemporari menguasai ; jika dibandingkan dengan melodi asli , alunan melodi padang pasir yang dipalu genderang perkusi. zikir-zikir indah yang menjadi identiti, kerap kali dianak tiri. pertandingan nasheed kini seakan-akan hanya medan kumpulan menyanyi. mungkin itulah kelebihan ODC ; bersifat kontemporari namun tak dilupakan yang tradisi. identiti nasheed, itu kata kunci.
tahniah semua, tahniah ODC.
AI
:)
Tell them how we love them, show that to them, before they’re gone.
Finally
Peludah Warna
Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.
Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.
Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.
Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.
A Samad Said.
4 Sifat Doa yang diterima Allah s.w.t
- Rendah diri ; kita mengaku padaNya yang kita ini merupakan hambaNya semasa kita sedang menyampaikan doa kita dan tidak berlagak seolah-olah saat itu sahaja kita meminta kepadaNya.
- Senyap ; bukan bermakna tidak boleh bersuara, cuma perlu dititipkan keadaan…